Salam semua, sori la beberapa hari tak update kat sini. Sibuk sikit. Pada sesiapa yang sudi datang melawat blog ni, subsribe RSS saya. Senang, tak payah nak datang check hari-hari. Cuba lihat caranya dalam post saya bertarikh 26hb Mac, 08. Caranya mudah dan menyenangkan hidup anda.
Ok, sambung topik rahsia tulisan tangan. Yang pertama is slant, kedua tengok pada baseline tulisan tersebut. Baseline ialah garisan yang kita imagine bila kita tulis di atas sekeping kertas putih kosong. Tengok gambar ni.

First, ’straight baseline’ atau lurus. Tulisan dia lurus je, takde merudum ke bawah or semakin naik ke atas. Maksudnya si penulis ni seorang yang mengawal tindakan luaran dia, ada sedikit control dalam tingkahlaku harian. ‘Overly straight baseline’ atau terlampau lurus. Yang ni kelihatan macam si penulis tulis tangan tapi pakai ruler supaya lurus je bawah dia. Yang ni ertinya dia over control, mungkin untuk menutupi ketakutan dalam diri dia yang dia akan hilang pengawalan diri. Orang macam ni kira bermasalah la..menakutkan sebab sebenarnya dia boleh hilang kawalan bila-bila masa saje. ‘Ascending baseline’ dari cara tulisan tu kita tengok semakin naik ke atas. Rasa-rasanya tulisan kita pun banyak macam ni. Mungkin tak naik banyak sangat la kut. Yang ini maksudnya positif. Orang yang berjaya 90% tulisannya termasuk dalam kategori ni. Kesihatan mental yang bagus, sentiasa maju ke hadapan.

Ada pulak tulisan orang yg mula-mula naik, kemudian turun mendatar. Itu namanya ‘false ascending baseline’. Kalau ditafsirkan, si penulis ni seorang yg cepat mengalah. Menyedihkan. Excited nak buat something, pas tu akhirnya tak habis projek. ‘Convex baseline’ ni jarang kita jumpa. Sama la jugak macam ‘false ascending’ . Kalau berhenti separuh jalan, tulisannya macam convex baseline, di tengah menurun. Kalau yg quit last, tulisannya akhir menurun, iaitu macam ‘false ascending’.
‘Partial ascension baseline’ – perasan tak tiba-tiba satu perkataan ternaik ? Maksudnya penulis excited atau teruja apabila memikirkan pasal perkataan tu. Dalam gambar atas tu, perkataan ‘blue’ naik sikit. Mungkin penulis suka warna tu atau terkenangkan memori yg ada kaitan dgn ‘blue’.
Ok, next one is ‘descending baseline’ yg bermakna tulisan tangan menurun. Kebanyakan yang tulis macam ni berfikiran negatif (kecuali kanak-kanak). Selalu fikir yang buruk, dan sebagainya. Last sekali tu lagi parah.. ’suicidal baseline’. Tulisan dia ok je, straight or going upwards, tapi tiba-tiba kat ujung sekali tu, satu atau dua perkataan tiba-tiba macam crash ke bawah. Yang bahayanya kalau tengok tulisan keseluruhan dia tak tunjuk tanda kemurungan, contohnya tulisan dia tak menurun. Orang macam ni boleh snap bila-bila la, tiba-tiba je nak bunuh diri. Atau ada terlintas nak mencederakan diri.. Tulisan kat atas tu is sample betul dari seorang yg dah bunuh diri. Perasan tak kalau nota org bunuh diri semuanya pendek. Cuma yg bercadang nak bunuh diri je yg tulis ayat jiwang-jiwang, pesan kat semua org macam-macam. Akhirnya tak jadi dan dapat diselamatkan..
Eh, panjangkan post ni.. penat akak tau
. Bagi la komen sikit lepas baca tu, terhibur jugak akak..
Sambung lagi..
Yang kat atas tu pun sample tulisan ’suicidal baseline’. Barisan kedua ada ayat yg crash bila sampai ujung. Next is ‘partial descension’. Satu perkataan terkebawah. Mungkin si penulis tak suka dengan apa yg dia fikirkan berkaitan perkataan yang terkebawah tu.
‘Concave baseline’ – yg ni start projek dengan berkobar-kobar, tengah jalan rasa mcm nak give up, tapi akhirnya berjaya juga. Macam nak putus asa la, tapi akhirnya dia kuatkan azam dan naik semula.
‘Erratic baseline’ ertinya si penulis ni sekejap tulisan dia ke atas, sekejap ke bawah..moody. Berangin. Tak balance.
Tulisan yang akhir sekali is ‘incoherent baseline’. Tulisan dia mcm takde baseline, merata tempat. Ni salah satu trait sociopath. Dia tak boleh duduk dalam masyarakat, tak boleh hidup dalam satu peraturan..’someone who cannot keep his lines in a coherent spatial pattern is unable to stay within any kind of a line or pattern of society.’
Well, harap-harap korang semua faham la dan dapat sikit pengajaran. Jadi apa lagi, analyse tulisan sendiri la dulu..pas tengok tulisan orang lain pulak. Tapi jangan salah tafsir sudah. Especially yang ’suicidal note’ tu. Harus jugak diingat tulisan yang ditulis dalam keadaan nak cepat juga tak boleh di pakai.
Take care semua.
Sumber : ‘The hidden secrets of handwriting’ by Andrea McNichol.