POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 April 4, 2008

Difailkan di bawah: buku — Min @ 4:12 pm
Tags:
Salam semua, pagi tadi saya berkesempatan pergi ke PWTC untuk melawat Pesta Buku..ingatkan hari pertama tak la ramai orang, tapi sama je. Cuma tak la terlampau sesak. Rupa-rupanya baru habis upacara perasmian, patut la ramai penari-penari make-up tebal semua. Sampai-sampai je tadi, ramai sungguh orang beratur kat gerai MPH kat ground floor. Ada angkasawan negara kita tengah dok sign autograf on buku terbaru dia.
Pada sesiapa yang duduk di KL dan kawasan yg berdekatan, ni dia info lebih lanjut pasal pesta buku ni :
pestabuku1.jpg
Blog Bayan pun ada cerita mengenai pesta buku ni..
Di antara gerai-gerai yang saya singgah, ada satu ni dok jual buku Datuk A. Samad Said. Saya tengah membelek buku-buku sajak dia, tak sangka pulak A. Samad Said ada kat depan mata. Kesian saya tengok dia, kurus sangat dengan janggut panjang dia tu..Saya doakan semoga dipanjangkan umurnya. Yang ini link ke Utusan Malaysia online mengenai buku terbaru A. Samad Said, kepada sesiapa yang berminat.
Serius betul kan topik hari ni.. takpe la Jumaat, hari untuk menghabiskan kerja kat ofis tu semua, esok lusa bergembira ! Ta ta ti ti tu tu..:)