POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Lelaki mengandung/pregnant April 5, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 8:31 am
Tags: ,

Salam semua..

Dah dengar cite pasal lelaki mengandung kat Oregon, US ? Lelaki bernama Thomas Beatie ni berusia 34 tahun sekarang dah masuk 6 bulan mengandung..ada cerita di Oprah hari Khamis lalu. Thomas di lahirkan sebagai perempuan dan menukar jantina kepada lelaki 10 tahun lepas. Makan testosterone untuk menghilangkan sifat kewanitaannya..dan juga buat pembedahan buah dada utk melepekkan dadanya..(pas tu nak anak pulak, tak faham akak…). Tapi dia tak buang rahim dia, itu la pasal boleh mengandung. Si Thomas ni dah pun kawin ngan perempuan nama Nancy. Pregnancy tu pulak artificially inseminated, maksudnya benih sperm beli dari sperm bank.. (pening kan, ntah anak siapa la…). Ye la, kan asalnya Thomas and Nancy ni dua-dua perempuan, kena la import sperm dari tempat lain.

Doktor kepada Thomas confirm pregnancy ni normal. (tapi macam mana nak keluar tu..kena keluar ikut tingkap la kut? dah takde vajaijayyyy..) Sesiapa yg nak tengok episod Oprah, klik kat sini.

Apa nak jadi dengan dunia ni ? Jangan sampai kat Malaysia jadi macam tu sudah la.