POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Bahaya guna ketuhar gelombang mikro Mei 3, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 8:08 am
Tags: ,

Salam semua, bercakap pasal microwave.. Tahu tak asalnya siapa yang cipta microwave ? Ia dicipta oleh kumpulan Nazi ketika menyerang Rusia. Ia dicipta untuk menyenangkan tentera, tak payah nak guna gas atau api.

Ramai dari kita yang menggunakan microwave kat rumah. Untuk memanaskan makanan, defrost ikan dan kegunaan lain. Tapi tahukah anda yang sebenarnya microwave ni ada bahayanya ? Ada sesuatu perubahan kimia yang berlaku dalam molekul makanan yang telah dipanaskan dengan menggunakan microwave yang mengakibatkan makanan atau minuman tersebut hilang zat dan khasiatnya.

Ada banyak eksperimen yang telah di lakukan. Contohnya :

1) Menyiram pokok menggunakan air yang telah di panaskan pakai microwave. Biji benih tak akan bersemai, tak akan hidup.

2) Pada tahun 1991, hospital di Oklahoma telah disaman akibat seorang pesakitnya mati. Setelah menerima darah yang telah di panaskan di dalam microwave.

3) Stanford University mengkaji akibat memanaskan susu ibu menggunakan microwave. Ternyata jika menggunakan setting yang rendah pun, susu akan hilang khasiatnya.

4) Di Russia pulak, microwave telah di sekat penggunaannya kerana kesan negatif.

Kesan lain :

- menyebabkan perubahan hormon dalam lelaki dan perempuan jika menggunakan micowave secara berterusan.

- Kandungan mineral dalam sayuran akan bertukar kepada radikal bebas kanser

- Boleh menyebabkan tumor perut dan menambah jumlah sel kanser di dalam darah kita.
- Melemahkan sistem imunisasi badan
- Menyebabkan badan kita kurang berfungsi untuk memproses segala vitamin dan khasiat dari makanan.

Banyak lagi contoh kesan buruk dari microwave, sila baca kat sini.

Video berkenaan subject ni :

Jika tak menggunakan microwave, kita boleh cari alternatif lain seperti gunakan oven biasa, toaster oven yang kecik tu, atau grill elektrik. Janji jangan guna alat yang mengeluarkan radiasi.

 

8 Responses to “Bahaya guna ketuhar gelombang mikro”

  1. intan Says:

    Yup K.Min. Intan pun x ada microwave kat rumah, ada oven biasa je :( Mmg outdated intan ni…
    Tapi bila difikirkan, lebih baik outdated drpd menanggung akibat kannn?

  2. Min Says:

    Salam Intan, lepas mak akak kena cancer, terus akak tamatkan perkhidmatan microwave tu. Mak akak tu selalu guna microwave jugak sebelum ni.. tak tau le itu ke penyebabnye. Tapi elok la kita berjaga dari sekarangkan..

  3. cookinbuzz Says:

    beli oven..
    beli microwave..
    beli oven..
    beli microwave..
    Haa… tentulah beli oven!!!

  4. Min Says:

    Akak tak minat la buat kek dalam microwave, macam tak jadi… oven la lagi berbaloi.

  5. cikMilah Says:

    Oh, thank-you MIn, dapatlah akak gunakan hujah ni untuk mematahkan hasrat cik abangku nak beli m.wave!!!!

  6. Min Says:

    CikMilah, microwave yg byk function pun bukannya murah. Bagus jugak la kalau tak jadi beli. Boleh beli oven yg ada 4 tray tu..lebih kurang je harganya.

  7. hardyweb Says:

    kita pakai dapur kayu ke . tak pun pakai dapur arang ke.. hahah… oldskol ..

  8. Min Says:

    Salam Hardyweb.. thanks for the comment. Lepas ni kalau ada problem IT, boleh la rujuk kat u ye.


Leave a Reply