POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Asam garam kehidupan Mei 10, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 5:53 am
Tags:

Kenapa orang selalu guna pepatah kat atas hah ? Mesti ada asam, pas tu garam. Rasa-rasa lain tak pulak famous. Ntah la, akak pun tak faham, dah sejak azali ada pepatah tu.. anyway, pagi ni terjumpa pulak satu laman web tentang garam. Cakap pasal garam, banyak betul jenis garam sekarang ni kan. Ada garam biasa, garam laut, garam buluh. Confuse kadang nak pilih.

Selalu terfikir, macam mana pulak garam boleh datang dari buluh. Orang MLM yang jual garam buluh mesti tau kan production dia macam mana..ni ada video tentang garam buluh dari Hai-O.

Sea salt atau garam laut pun ada banyak jenis, kalau nak tau jenis dari laut apa nak pilih, tengok sini.

Eh, banyak sangat jenis garam. Senang je, lain kali kalau nak beli garam, tak yah beli garam biasa yang sepaket berapa sen tu. Garam ni memang kurang zat mineral dia kerana proses berlebihan, dan sebenarnya tak sesuai untuk kita. Beli la apa-apa jenis garam lain. Macam akak, selalu beli garam laut, garam bukit (ntah.. nampak ada gambar gunung kat mana..). Kadang-kadang kalau jumpa garam buluh, belasah la, beli jugak. Sebab kita guna garam ni hari-hari, jadi dapat la family kita extra zat dan mineral kalau kita guna jenis garam lain ni. Tak la mahal sangat pun, garam kita guna pun bukannya banyak. Cuba la bertukar.

Ok, selamat berhari minggu..jumpa lagi.

 

2 Responses to “Asam garam kehidupan”

  1. cookinbuzz Says:

    Salam kakMin.. Makanan yg takde garam, kuranglah nikmatnya. Nak menikmati makanan yg Allah kurniakan sampai akhir hayat, kenalah berpada2 gunakan garam.

  2. Min Says:

    Ya betul..saya setuju !


Leave a Reply