POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Jeram – jalan-jalan, cari makan September 17, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 6:46 am
Tags:

Singgah kat tempat ni masa balik kampung dari Perak bulan lepas. Kat area Jeram, Selangor. Dekat ngan Kapar, on the way sebelum sampai Shah Alam. Tak sangka selama hari ni, pantai ni ada gerai jual seafood… ada gak lalu tapi tak pernah singgah. Beli oyster RM100.. satu baru RM1 lebih. Murah !

Lain kali balik dari kg, mesti singgah sini lagi..

 

Tag from Fabmom Julai 17, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 7:27 pm

Lamanye tak update blog ni, sibuk sangat these few months.. but at least blog bakingproject is usually updated weekly. Ni tag from Fabulouse Mom, so here goes :
1) What were you doing 5 years ago?
I was working with Commerce Assurance Bhd.

2) What are 5 things on your to-do list for today?

  1. Unpacked my bag, came back from Alor Setar yesterday.
  2. Download pictures from my digital camera.
  3. Order some sugarcraft tool from online
  4. Answer all my email and check my Facebook
  5. Complete decorating a cake – done.

3) What are 5 snacks you enjoy?

  1. Cashew nuts
  2. Cucur udang
  3. Sotong Kangkung
  4. KFC ice cream jelly
  5. Tose ( snack ke ni ? )

4) What are five things you would do if you were a billionaire?

  1. Pay hutang
  2. Send parents for Haji
  3. Buy properties
  4. Travel round the world
  5. Go for Pastry course in US/ UK college

5) What are five jobs you’ve had?

  1. Waitress at KFC Sitiawan, and restaurant at Sheffield and Manchester.
  2. Minah kilang baja somewhere in Leeds
  3. Estate agent pak pacak kat shopping complex
  4. Ordering IT stuff at IBM Taman Tun
  5. Property executive jaga properties Naza & Commerce Assurance

Now I wanna tag: No one ! (fuhhh …lega)

Thanks Honey for thinking of me, I think you are a great baker yourself !

p/s – sudah siap ka your rumah orkid ?

 

Jangan ketawa Mei 17, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 8:10 am
Tags:

Salam semua,

Pernah tengok tak video ‘the laughing quadruplets’ kat American Funniest Home Video ? Cute sungguh baby kembar 4 ni semua gelak serentak..

Video ni pun dah 8 tahun dulu, babies semua dah besar.

Info lebih lanjut kat website Oprah.. selamat berhari minggu !

 

Blog Saharil Conteng April 28, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 3:07 pm
Tags: ,

Kadang-kadang saya suka jugak baca artikel dari blog ni. Cerita dia kelakar, and ada gambar-gambar kartun yang cute. Satu ni yang saya suka ceritanya pasal cekodok ikan bilis paling sedap yang mak dia buat.. terkenang masa kita kecik-kecik dulu kan. Mak kita selalu paksa kita makan. Pas tu bila kita kata ‘tak nak, dah kenyang !” mesti kena marah ngan mak. Sekarang giliran kita pulak. Punya la susah nak bagi makan anak sorang tu, macam-macam benda di beli. Siap ngan vitamin tambah selera.. hmm, kasih sayang ibu. Memang tak dapat ditandingi.

Ni dia link ke blog Saharil Conteng.

Have a good week all of you.. thanks.

 

Perempuan kencing berdiri, 18SX April 24, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 10:25 am
Tags: ,

Tau tak pasal satu produk kat US ni, yang di namakan SHENIS (klik kat situ).  Actually dah beberapa bulan dah dipromosikan , kita baru ter stumble hari ni. It’ s a penis yang boleh di pakai oleh perempuan untuk kencing berdiri macam lelaki ! (Shortform dari She-Penis la kut..). Mat Salleh ni semua gross la kan.. benda macam ni pun nak cipta. Shenis ni kononnya untuk menyenangkan perempuan yang nak kencing di tempat awam. Tapi geli untuk duduk di tandas awam yang selalunya kotor.

Boleh tak imagine orang perempuan kena bawa ke hulu ke hilir benda ni dalam handbag. Tak kecik tau, panjang dia 12 inci. Kalau orang nampak nanti, ingat apa pulak.. Shenis ni siap ada kaler lagi boleh pilih, gold atau hitam ke apa.. mengikut kata pengguna wanitanya, sebelum pakai ni nak kena practice dulu kat rumah. Ye la, perempuan mana biasa kencing diri, nanti kang tersalah target pulak.

Macam-macam.. so apa pendapat anda ?

 

Bayi dengan dua muka April 14, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 9:16 am
Tags: ,

Hari Isnin…semua orang start keje hari ni.  Monday blues ke ? Biasa la kan, hari pertama in the week.

Anyway, you all dah tengok ke gambar baby yang lahir dengan dua muka kat India.  Agak menakutkan la. Tapi ibubapa bayi tu tak nak mendapatkan rawatan kat Hospital, sebab katanya baby dia tu adalah jelmaan dari tuhan mereka.

Nak tau lebih lanjut, tengok slideshow sini.

Ibu-ibu yang tengah mengandung, mintak doa di jauhkan dari kejadian macam ni.

 

Blog keluarga Sufiah Yusof April 11, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 10:48 pm
Tags:

Sekarang orang semua tengah heboh kisah pasal Sufiah. Blog-blog Melayu pun banyak yang bercerita isu Sufiah.  Memang menyedihkan kalau benar la Sufiah dah terjerumus ke alam “Pretty Woman” dia.  Anyway, rupa-rupanya keluarga Sufiah pun ada blog sendiri.  Blog ni di tulis oleh adik-beradik dan mak Sufiah. Tapi saya tak boleh nak confirm kebenaran blog ini, betul ke family Sufiah tulis, atau orang lain ? Tapi ada banyak gambar-gambar family dalam tu.  So, pada sesiapa yang berminat , boleh lawati the Yusof Family blog here.

Kalau dah baca blog family dia, sudi-sudi la tinggal komen kat sini tentang kesahihan blog tersebut.

Have a good weekend to all..

 

Princess Diana April 9, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 10:47 am
Tags:

Akhirnya pihak Juri dan mahkamah di London telah membuat keputusan yang Diana dan Dodi Fayed mati akibat accident kereta yang terlampau laju dan driver mabuk pada 31 Ogos, 1997. Bapa Dodi, Mohamed Al Fayed juga menerima keputusan tu, walaupun, dia masih tak percaya (kenape, tak percayeee kee ?) Tapi dek kerana dah 10 tahun penyiasatan di lakukan, dan tak ada bukti yang mengaitkan pasangan itu dibunuh oleh British secret agent (M16), akhirnya Al Fayed bersetuju untuk melupakan isu itu. Kedua-dua anak Princess Diana, Prince William dan Harry juga telah menerima keputusan juri pada hari Isnin lepas dan menyeru supaya di tamatkan isu mengenai kematian ibu mereka.

Tragik betul mengingatkan kes Diana ni. Masa dia meninggal tu, saya kat rumah member kat Manchester. Dengar kat radio, macam tak percaya, betul ke dia meninggal ? Walaupun tak le minat sangat, rasa sedih pada hari tu.. mungkin sebab Diana ni ‘baik’, rajin buat kerja kebajikan..tapi ye la, ada jugak keburukan Diana ni. Banyak lelaki selepas Charles. Charles pulak sejak dulu cinta dgn si Camilla je.. Huh, malas nak bercerita pasal Royal Family ni..

Dalam suka tak suka tu, saya ada jugak beberapa koleksi buku pasal Diana ni :

Buku Camilla pun ada (kena la tau cerita kedua-dua belah pihak kan..kesian semua orang tak suka Camilla).

Sebelum saya akhiri post yg takde point ni, saja imbas kembali gambar lama Diana :

Kat atas tu gambar kontroversi masa dia masih anak dara, cikgu taska.. ada ke tak pakai kain dalam ? Apa daa..

Gambar kenangan masa prince-prince masih kecik. Sedih kan tengok gambar ni..Sekarang budak-budak tu semua dah besar panjang.

Gambar accident:

Masa untuk semua melupakan kisah sedih Princess Diana ni.. Goodbye, England’s Rose.

 

Model plus size April 6, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 8:35 am
Tags:

Apa pendapat korang tentang Miss Chloe Marshall ni ? (Atas 38DD..pinggang, saya rasa dia dah tahan perut dah tu..size 16UK) Ni pemenang plus size model, Miss Surrey in UK. Finalis untuk Miss England. Umur dia baru 17 tahun. Saya rasa dia ni confidentkan, dengan body dia (yg lebih kurang mcm body kita..) dia boleh posing pakai bikini. Ni Miss England punya bikini, by the way. Jangan marah, ada bendera lagi.

Tapi saya respect la jugak. Sekarang kan model semua terlampau kurus, ramai teenagers yang start gagging themselves utk muntahkan balik apa yg diorang dah makan.. nak jadi kurus, macam Nicole Richie. Ni gambar lama Nicole, memang badan dia sekeping betul.

Harap-harap si model Chloe ni menang Miss England pagent pada Julai 2008 nanti..kan best, sesekali bagi la pulak orang tembam menang :) .

 

Lelaki mengandung/pregnant April 5, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 8:31 am
Tags: ,

Salam semua..

Dah dengar cite pasal lelaki mengandung kat Oregon, US ? Lelaki bernama Thomas Beatie ni berusia 34 tahun sekarang dah masuk 6 bulan mengandung..ada cerita di Oprah hari Khamis lalu. Thomas di lahirkan sebagai perempuan dan menukar jantina kepada lelaki 10 tahun lepas. Makan testosterone untuk menghilangkan sifat kewanitaannya..dan juga buat pembedahan buah dada utk melepekkan dadanya..(pas tu nak anak pulak, tak faham akak…). Tapi dia tak buang rahim dia, itu la pasal boleh mengandung. Si Thomas ni dah pun kawin ngan perempuan nama Nancy. Pregnancy tu pulak artificially inseminated, maksudnya benih sperm beli dari sperm bank.. (pening kan, ntah anak siapa la…). Ye la, kan asalnya Thomas and Nancy ni dua-dua perempuan, kena la import sperm dari tempat lain.

Doktor kepada Thomas confirm pregnancy ni normal. (tapi macam mana nak keluar tu..kena keluar ikut tingkap la kut? dah takde vajaijayyyy..) Sesiapa yg nak tengok episod Oprah, klik kat sini.

Apa nak jadi dengan dunia ni ? Jangan sampai kat Malaysia jadi macam tu sudah la.