POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Bahaya guna ketuhar gelombang mikro Mei 3, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 8:08 am
Tags: ,

Salam semua, bercakap pasal microwave.. Tahu tak asalnya siapa yang cipta microwave ? Ia dicipta oleh kumpulan Nazi ketika menyerang Rusia. Ia dicipta untuk menyenangkan tentera, tak payah nak guna gas atau api.

Ramai dari kita yang menggunakan microwave kat rumah. Untuk memanaskan makanan, defrost ikan dan kegunaan lain. Tapi tahukah anda yang sebenarnya microwave ni ada bahayanya ? Ada sesuatu perubahan kimia yang berlaku dalam molekul makanan yang telah dipanaskan dengan menggunakan microwave yang mengakibatkan makanan atau minuman tersebut hilang zat dan khasiatnya.

Ada banyak eksperimen yang telah di lakukan. Contohnya :

1) Menyiram pokok menggunakan air yang telah di panaskan pakai microwave. Biji benih tak akan bersemai, tak akan hidup.

2) Pada tahun 1991, hospital di Oklahoma telah disaman akibat seorang pesakitnya mati. Setelah menerima darah yang telah di panaskan di dalam microwave.

3) Stanford University mengkaji akibat memanaskan susu ibu menggunakan microwave. Ternyata jika menggunakan setting yang rendah pun, susu akan hilang khasiatnya.

4) Di Russia pulak, microwave telah di sekat penggunaannya kerana kesan negatif.

Kesan lain :

- menyebabkan perubahan hormon dalam lelaki dan perempuan jika menggunakan micowave secara berterusan.

- Kandungan mineral dalam sayuran akan bertukar kepada radikal bebas kanser

- Boleh menyebabkan tumor perut dan menambah jumlah sel kanser di dalam darah kita.
- Melemahkan sistem imunisasi badan
- Menyebabkan badan kita kurang berfungsi untuk memproses segala vitamin dan khasiat dari makanan.

Banyak lagi contoh kesan buruk dari microwave, sila baca kat sini.

Video berkenaan subject ni :

Jika tak menggunakan microwave, kita boleh cari alternatif lain seperti gunakan oven biasa, toaster oven yang kecik tu, atau grill elektrik. Janji jangan guna alat yang mengeluarkan radiasi.

 

Rahsia tulisan tangan – Part 2 April 23, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 8:09 am
Tags:

Salam semua, sori la beberapa hari tak update kat sini. Sibuk sikit. Pada sesiapa yang sudi datang melawat blog ni, subsribe RSS saya. Senang, tak payah nak datang check hari-hari. Cuba lihat caranya dalam post saya bertarikh 26hb Mac, 08. Caranya mudah dan menyenangkan hidup anda.

Ok, sambung topik rahsia tulisan tangan. Yang pertama is slant, kedua tengok pada baseline tulisan tersebut. Baseline ialah garisan yang kita imagine bila kita tulis di atas sekeping kertas putih kosong. Tengok gambar ni.

First, ’straight baseline’ atau lurus. Tulisan dia lurus je, takde merudum ke bawah or semakin naik ke atas. Maksudnya si penulis ni seorang yang mengawal tindakan luaran dia, ada sedikit control dalam tingkahlaku harian. ‘Overly straight baseline’ atau terlampau lurus. Yang ni kelihatan macam si penulis tulis tangan tapi pakai ruler supaya lurus je bawah dia. Yang ni ertinya dia over control, mungkin untuk menutupi ketakutan dalam diri dia yang dia akan hilang pengawalan diri. Orang macam ni kira bermasalah la..menakutkan sebab sebenarnya dia boleh hilang kawalan bila-bila masa saje. ‘Ascending baseline’ dari cara tulisan tu kita tengok semakin naik ke atas. Rasa-rasanya tulisan kita pun banyak macam ni. Mungkin tak naik banyak sangat la kut. Yang ini maksudnya positif. Orang yang berjaya 90% tulisannya termasuk dalam kategori ni. Kesihatan mental yang bagus, sentiasa maju ke hadapan.

Ada pulak tulisan orang yg mula-mula naik, kemudian turun mendatar. Itu namanya ‘false ascending baseline’. Kalau ditafsirkan, si penulis ni seorang yg cepat mengalah. Menyedihkan. Excited nak buat something, pas tu akhirnya tak habis projek. ‘Convex baseline’ ni jarang kita jumpa. Sama la jugak macam ‘false ascending’ . Kalau berhenti separuh jalan, tulisannya macam convex baseline, di tengah menurun. Kalau yg quit last, tulisannya akhir menurun, iaitu macam ‘false ascending’.

‘Partial ascension baseline’ – perasan tak tiba-tiba satu perkataan ternaik ? Maksudnya penulis excited atau teruja apabila memikirkan pasal perkataan tu. Dalam gambar atas tu, perkataan ‘blue’ naik sikit. Mungkin penulis suka warna tu atau terkenangkan memori yg ada kaitan dgn ‘blue’.

Ok, next one is ‘descending baseline’ yg bermakna tulisan tangan menurun. Kebanyakan yang tulis macam ni berfikiran negatif (kecuali kanak-kanak). Selalu fikir yang buruk, dan sebagainya. Last sekali tu lagi parah.. ’suicidal baseline’. Tulisan dia ok je, straight or going upwards, tapi tiba-tiba kat ujung sekali tu, satu atau dua perkataan tiba-tiba macam crash ke bawah. Yang bahayanya kalau tengok tulisan keseluruhan dia tak tunjuk tanda kemurungan, contohnya tulisan dia tak menurun. Orang macam ni boleh snap bila-bila la, tiba-tiba je nak bunuh diri. Atau ada terlintas nak mencederakan diri.. Tulisan kat atas tu is sample betul dari seorang yg dah bunuh diri. Perasan tak kalau nota org bunuh diri semuanya pendek. Cuma yg bercadang nak bunuh diri je yg tulis ayat jiwang-jiwang, pesan kat semua org macam-macam. Akhirnya tak jadi dan dapat diselamatkan..

Eh, panjangkan post ni.. penat akak tau :( . Bagi la komen sikit lepas baca tu, terhibur jugak akak..

Sambung lagi..

Yang kat atas tu pun sample tulisan ’suicidal baseline’. Barisan kedua ada ayat yg crash bila sampai ujung. Next is ‘partial descension’. Satu perkataan terkebawah. Mungkin si penulis tak suka dengan apa yg dia fikirkan berkaitan perkataan yang terkebawah tu.

‘Concave baseline’ – yg ni start projek dengan berkobar-kobar, tengah jalan rasa mcm nak give up, tapi akhirnya berjaya juga. Macam nak putus asa la, tapi akhirnya dia kuatkan azam dan naik semula.

‘Erratic baseline’ ertinya si penulis ni sekejap tulisan dia ke atas, sekejap ke bawah..moody. Berangin. Tak balance.

Tulisan yang akhir sekali is ‘incoherent baseline’. Tulisan dia mcm takde baseline, merata tempat. Ni salah satu trait sociopath. Dia tak boleh duduk dalam masyarakat, tak boleh hidup dalam satu peraturan..’someone who cannot keep his lines in a coherent spatial pattern is unable to stay within any kind of a line or pattern of society.’

Well, harap-harap korang semua faham la dan dapat sikit pengajaran. Jadi apa lagi, analyse tulisan sendiri la dulu..pas tengok tulisan orang lain pulak. Tapi jangan salah tafsir sudah. Especially yang ’suicidal note’ tu. Harus jugak diingat tulisan yang ditulis dalam keadaan nak cepat juga tak boleh di pakai.

Take care semua.

Sumber : ‘The hidden secrets of handwriting’ by Andrea McNichol.

 

Rahsia tulisan tangan – part 1 April 18, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 6:30 am
Tags:

Ni nak cerita satu kejadian masa saya duduk belajar kat UK dulu. Housemate saya, sorang Minah Salleh perempuan punya la bagak, dia ni captain rugby perempuan. Perangai dia macam tomboy sikit. Ada satu hari tu, dia buat confession kat saya. Rupa-rupanya dia ni lesbian.. suspen saya dengar, sebab selama hari ni dok berkemban depan dia. Ishh, bahaya bahaya. Baru la saya tau yang selama hari ni dia simpan rahsia tentang diri dia dari saya. Sebenarnya, masa tu saya dah analyse handwriting dia ( chewah ! ) Ye la, time tu saya tengah dok praktik kan apa yang saya baca. Saya tengok tulisan tangan dia kecik-kecik sangat, dan jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain agak jauh. Jadi saya buat conclusion yang dia ni orangnya perahsia, dan sukar nak rapat ngan orang, macam ada something to hide. Tapi memandangkan dia pandai berlakon depan saya, saya ingat tafsiran handwriting dia tu tak betul la. Rupa-rupanya betul. Itu la, handwriting kita ni sebenarnya banyak mendedah kan rahsia tentang diri kita. Susah nak tipu.. Nak belajar tak ?

Ok, saya bagi contoh sikit-sikit. Mulakan dengan tengok ’slant’ tulisan tu.

Yang atas tu, senget dia ke kanan, slanting to the right. Maksudnya pemilik tulisan tu ialah orang yang meluahkan perasaan dia dengan senang, memandang ke hadapan, affectionate dan passionate. Kalau tulisan yang tengah tu, vertical slant. Tulisan ni macam tak senget ke kanan atau ke kiri. Maksudnya orang ni berfikir dulu barulah bertindak. Otak menguasai perasaan. Kira diplomasi la. Dia mungkin tak meluahkan perasaan sebenar demi menjaga hati orang lain. Ok, yang last sekali is slanting to the left. Siapa yang ada tulisan macam ni, ada masalah sikit :) . Bukannya apa, suka memendam perasaan..mungkin dalam hati rasa lain, tapi mulut cakap lain. Mungkin ada sesuatu yang negatif dalam diri dia. Sukar untuk meluahkan perasaan sebenar, mungkin terlampau bimbang dengan apa pemikiran orang terhadap dirinya. Kira control la, control handsome.. atau control macho.

Ada banyak lagi dalam buku ni. Ni buku lama ni, tajuk dia ‘The hidden secrets of handwriting’ by Andrea McNichol. Nanti la ada masa saya sambung lagi ok. Lepas ni boleh belek tulisan kawan-kawan ke, tulisan boyfriend ke. Kalau terlalu ke kanan tu, selalunya Mat Jiwang..hahaha..:P

 

Rahsia Air April 7, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 9:06 am
Tags:

Saya ada satu buku tajuknya ‘The secret life of water’ oleh Masaru Emoto yang saya beli di Indonesia. Mr. Emoto ni bukan seorang saintis, asalnya cuma orang biasa yang mengkaji rahsia mengapa air dapat menyembuhkan. Mengikut kata Emoto ni, air sebenarnya ‘hidup’. Jika manusia menumpukan pemikiran atau konsentrasi terhadap air, kristal air akan terbentuk mengikut apa yang kita fikirkan. Selalunya melalui doa, muzik ataupun dengan menulis ayat-ayat di gelas tersebut. Emoto mengambil gambar-gambar kristal air yang beku mengikut prosedur sains yang diiktirafkan.

Di sini saya tunjukkan gambar-gambar yang ada di dalam buku saya tu.

Ini kristal yang terbentuk, di atas apabila dibacakan perkataan ’suka’ dan bawah – ‘benci’. Perkataan ‘benci’ menghasilkan kristal yang berlubang seperti tercekik.

Di bawah ni gambar kristal yang terbentuk dari perkataan ‘perang’, (kristal yang buruk di atas). Dan ‘damai’ menghasilkan kristal seakan bergabung.

Ini pula kristal yang terhasil dari ‘cinta suami isteri’. Seolah-olah yang besar mengiringi kristal yang kecil.

Yang ni gambar kristal air di danau Zurich, Switzerland. Gambar sebelum dan selepas doa dibacakan ke air.

Efek melodi terhadap kristal. Penyembuhan melalui muzik indah ?

Kristal air yang terbentuk dari perkataan ‘Islam’. Kristal dari perkataan agama lain juga cantik.

Ada banyak lagi gambar yang menarik yang menunjukkan efek doa dan pemikiran terhadap kristal air. Saya cukup teruja bila kali pertama baca buku ni. Memang ada di kalangan Barat yang banyak meragui samada betul ke tak teori Emoto ni. Tapi sebagai seorang Islam, saya percaya. Kita selalu di ajar bila sakit, supaya membaca surah-surah tertentu dan tiup ke dalam air, dan kemudian minum air tersebut. Rupa-rupanya ada kebenaran juga apabila air yang telah dibacakan doa, membentuk kristal yang sungguh sempurna. Memang la kita tak patut lupa yang menyembuhkan kita adalah datangnya dari Allah swt.

Terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai kebenaran teori Emoto ini..moga artikel ini dapat membuka minda kita.