POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Asam garam kehidupan Mei 10, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 5:53 am
Tags:

Kenapa orang selalu guna pepatah kat atas hah ? Mesti ada asam, pas tu garam. Rasa-rasa lain tak pulak famous. Ntah la, akak pun tak faham, dah sejak azali ada pepatah tu.. anyway, pagi ni terjumpa pulak satu laman web tentang garam. Cakap pasal garam, banyak betul jenis garam sekarang ni kan. Ada garam biasa, garam laut, garam buluh. Confuse kadang nak pilih.

Selalu terfikir, macam mana pulak garam boleh datang dari buluh. Orang MLM yang jual garam buluh mesti tau kan production dia macam mana..ni ada video tentang garam buluh dari Hai-O.

Sea salt atau garam laut pun ada banyak jenis, kalau nak tau jenis dari laut apa nak pilih, tengok sini.

Eh, banyak sangat jenis garam. Senang je, lain kali kalau nak beli garam, tak yah beli garam biasa yang sepaket berapa sen tu. Garam ni memang kurang zat mineral dia kerana proses berlebihan, dan sebenarnya tak sesuai untuk kita. Beli la apa-apa jenis garam lain. Macam akak, selalu beli garam laut, garam bukit (ntah.. nampak ada gambar gunung kat mana..). Kadang-kadang kalau jumpa garam buluh, belasah la, beli jugak. Sebab kita guna garam ni hari-hari, jadi dapat la family kita extra zat dan mineral kalau kita guna jenis garam lain ni. Tak la mahal sangat pun, garam kita guna pun bukannya banyak. Cuba la bertukar.

Ok, selamat berhari minggu..jumpa lagi.

 

90 hari untuk kurus Mei 7, 2008

Difailkan di bawah: buku, kesihatan — Min @ 6:18 am
Tags:

Dulu akak beli la buku ni, tajuknya “I can make you thin, 90 day success journal”. Tapi sudah tentunya dah lebih dari 90 hari dari tarikh akak beli buku ni, tapi semakin mengembang ada la..Mungkin tak di ikut pun sampai 90 hari, akak ni tak kuat semangat.

Sebenarnya, simple je kalau nak kurus. Buku ni bagi 8 point :

  1. Makan bila lapar
  2. Makan apa yang kita betul-betul nak
  3. Sedar apa yang kita makan
  4. Berhenti sebelum kenyang
  5. Minum air
  6. Gerakkan badan
  7. Buat exercise yang dicadangkan

So, hari-hari dalam jurnal ni kena tick la, kita ikut ke tak point ni. Mengimbas kembali jurnal ni, akak buat dari Day 1 (ceh, tengah semangat !) sampai Day 2 je. Ishh.. teruk betul kan, takde will power langsung. The rest tu, penuh dengan alasan tak boleh nak ikut point tu sebab cuti..

Apa pun, rasanya point yang di bagi tu memang bagus..ada jugak tips untuk 90 hari berikutnya.

hari pertama – bayangkan diri anda dah kurus (macam mana la rupa aku..)

hari kedua – simpan satu gambar yang bagi motivasi, kita nak jadi macam dia bila kurus.

hari ke-3 – buang makanan dan minuman yang tak berfaedah dalam fridge tu

hari ke-4 – terima keadaan diri anda pada masa ini dan berusaha untuk berubah

hari ke-5 – bayangkan tahun ni tahun paling best bila dah kurus

hari ke-6 – menyatakan terima kasih dan menghargai apa yang ada

hari ke -7 – review and renew.

Hari dah masuk seminggu ni best. Akak suka ayat dia :

“Hope is a renewable option: If you run out of it at the end of the day, you get to start over in the morning” Barbara Kingsolver.

Jadi maksudnya jangan putus asa untuk kurus, harapan boleh di perbaharui, macam azam baru every year la (ni sebenarnya reminder untuk diri sendiri !) Ok, take care you all.  Tata titi tutu…

 

Uri babi untuk cantik ? April 17, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:40 am
Tags: ,

Rupa-rupanya makanan atau minuman kesihatan yang ada khasiat khas di panggil FOSHU (Food for a specific health use). Saya baru tau ada term FOSHU ni. Anyway, baru terbaca tadi di Jepun sekarang famous dengan minuman Placenta 10000 Jelly Drink. Harganya lebih kurang $8 sebotol dan di buat dari ..you guess it, uri ‘babe’ (uh…geli..). Klik sini untuk berita selanjutnya.

Kalau susah sangat dan kita selalu was-was, untuk kelihatan cantik apa kata guna bahan alam semulajadi je. Contohnya untuk mask muka, guna resepi ni .

1/2 bitter melon (gambar kat atas, lupa apa nama dlm BM) dan 1 sudu besar aloe vera. Cara – basuh semua. Potong kecik bittermelon. Blend. Last masuk aloe vera, blend lagi sampai hancur. Pakai mask selama 20 ke 30 minit. Bitter melon ni menyejuk dan detox untuk kulit.

Untuk scrub, saya guna kacang hijau yang dah diblend saja. Memang sentiasa ada spare dalam toilet. Cuma kacang hijau yg di kisar agak kasar, itu saja.

Ok, untuk rambut saya selalu pakai cara ni, memang berkesan untuk rambut yang sangat kering.

Bahannya : 1 avocado masak, 1 telur kuning, 1 sudubesar madu, 1 sudubesar minyak kelapa, 2 sudu besar yogurt plain. Blender je semua and tempek kat rambut dalam setengah jam. Memang kalau rajin guna rambut akan jadi lembut.

Nak cantik kena la rajin sikit kan :) .

 

Bahaya makan daging proses April 13, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:18 am
Tags: ,

imej dari www.treklens.com

Kita selalu memberi anak-anak kita makan sosej, burger daging, pepperoni dan buat sphagetti dari daging kisar yang siap dijual di pasaraya.  Tahu tak, sebenarnya makan banyak daging proses ni tak elok.  Ia dikaitkan dengan kanser otak, kolon, prostate dan pankreas. Sebabnya satu, daging lembu yang kita makan tu biasanya tak organik, jadi memang dalam tisu lemak dia ada kesan-kesan dari racun serangga dari rumput yang dia makan.  Itu tak dapat nak elak la kan.  Sebab saya pun jarang jumpa lembu organik atau ‘lembu kampung’. (Ada ke ? Macam ‘ayam kampung’).

Satu bahan yang paling bahaya yang terdapat dalam daging proses ialah sodium nitrite.  Ni ialah satu toksik yang pengeluar daging gunakan .  Untuk apa ? Untuk memerahkan lagi warna daging.  Perasan tak, kalau kita tengok daging yang dah di potong-potong dalam plastic cover clear tu semua nampak fresh je.  Sebab ada kandungan bahan kimia merbahaya ni la.  Sodium nitrite ni di letak supaya daging yang dah tukar kaler sebab dah lama pun, akan jadi merah.

Sebenarnya saya sekarang dah tak beli dah hot dog semua untuk keluarga saya. Ikan sardin dalam tin pun dah tak sentuh (baca artikel dalam blog Laman Emjay di blogroll saya).  Bukannya apa, sejak ibu saya kena kanser payudara saya jadi terlalu takut dan berhati-hati.. dalam baking memang saya ada guna pewarna, tapi selalunya topping yang warna-warni tu semua saya tak makan.  Saje nak deko.  Kadang-kadang kita rasa macam the big C (cancer) ni cuma berita di majalah, suratkhabar, tapi bila terjadi dalam family kita baru kita sedar.  Jadi elok la kalau kita mengawal pemakanan family kita dari sekarang.

Di sini ada link ke NaturalNews, blog yang selalu saya baca.  Ada slide show gambar makro daging proses. Mungkin kita masih boleh makan daging proses, tapi berpada-pada, jangan selalu sangat.

Semoga hari Ahad anda ceria .. salam.

 

Plan J Lo untuk kurus April 10, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:17 am
Tags: , , ,

Cute kan twins Jennifer Lopez ni, lahir dalam bulan Februari lepas. Mukanya sebijik macam Marc Anthony. Menurut kata majalah gossip, J Lo naik dalam 20 kg masa pregnantkan twins ni. So lepas bersalin terus diet untuk kuruskan badan balik. Antara plan kurus dia ialah :

  • Bangun pukul 4 pagi untuk exercise hari-hari, 7 hari seminggu
  • Setiap hari exercise 3 jam, buat Pilates, 1 jam cardio and 1 jam weight training.
  • Makan cuma setakat 1400 kalori sahaja sehari
  • No karbohidrat, cuma makan ikan and sayur kukus.
  • Juga tak boleh makan gula, kafein dan alkahol

Dan team yang di panggil ‘120 pound team’ (target kurus dia – dalam 54 kg) termasuk :

  • team ahli-ahli pakar pemakanan
  • beberapa orang personal trainer

Tak lupa juga beberapa orang personal assistant, 2 missy nak jaga baby dan butler.

Huh… patut la aku tak kurus-kurus, bangun subuh terus mentenet (bukan exercise). Senaman yang kalau boleh dikategorikan senaman – cuma siram bunga dan tonggang-tonggeng buka tutup pintu oven. Makan low carb tu hangat-hangat tahi ayam, pernah cuba tapi nak nasi juge !! On top of that, mana la kita ada personal trainer and butler..

Salah siapa ye ? Salah sendiri kut ( tau takpeee..). Ok, ok, I promise I will exercise ! Bye guys, nak pergi jogging sekarang juga nih ! (Nak bumper macam J Lo.. :P )

 

Kelahiran dalam air April 8, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 10:10 am
Tags:

image : www.funnypop.com

Sori, gambar kat atas tu main-main je.. Seriously, ada jugak tengok kat Discovery Channel, bersalin dalam air. Kat Malaysia tak tau la ada tak ibu-ibu yang pilih cara ni. Soalan pertama kita tanya, tak lemas ke baby tu ? Jawapannya tak kut..tengok orang buat dalam tv, baby dia sihat je. Tapi untuk saya la, rasa macam geli pulak. Tak ke mengotorkan satu bath tub, siapa pulak nak cuci tu.. mungkin kalau kat hospital, biar la nurse tu bereskan. Lagi satu, bersalin dengan di kelilingi oleh semua orang. Tak segan ke ? Dengan budak-budak kecik lagi tengok, I think its too early to expose them to all this.

Check out the link untuk gambar bersalin dalam air. Yang rasa fening-fening lalat tu, tak payah la tengok.