POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Pertanian adalah perniagaan Mei 1, 2008

Difailkan di bawah: mari berkebun — Min @ 4:45 am
Tags: , ,

Ha..cuba tengok gambar ni. Gambar anak-anak kailan yang baru tumbuh kita tanam.. tak sangka la pulak semua jadi. Sekarang dah terlebih pulak banyaknye dalam satu pasu ni. Agak-agak kalau kita jual kailan ni nanti boleh jadi kaya tak ? hahaha..

Yang ni daun sup di tanam pada 1/4 dulu. Kira dah sebulan la. Lambat betul kan nak besar ? Tanam dari benih yang dalam paket tu.

Ni bibik saya tanam dari biji tomato yang beli kat pasar. My first tomato tree.. harap jadi la buah nya. Teruja tengok Val and orang lain tanam tomato, kita pun nak jugak. Lagi satu cherry tomato pun jadi jugak, tapi lupa nak ambik gambar.

Bunga-bunga lain kat taman kecilku :

Itu saja update dari saya buat masa ni.. writer’s block la. Selamat menyambut Hari Pekerja semua !

 

Blog Saharil Conteng April 28, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 3:07 pm
Tags: ,

Kadang-kadang saya suka jugak baca artikel dari blog ni. Cerita dia kelakar, and ada gambar-gambar kartun yang cute. Satu ni yang saya suka ceritanya pasal cekodok ikan bilis paling sedap yang mak dia buat.. terkenang masa kita kecik-kecik dulu kan. Mak kita selalu paksa kita makan. Pas tu bila kita kata ‘tak nak, dah kenyang !” mesti kena marah ngan mak. Sekarang giliran kita pulak. Punya la susah nak bagi makan anak sorang tu, macam-macam benda di beli. Siap ngan vitamin tambah selera.. hmm, kasih sayang ibu. Memang tak dapat ditandingi.

Ni dia link ke blog Saharil Conteng.

Have a good week all of you.. thanks.

 

Akademi Fantasia 6 April 27, 2008

Difailkan di bawah: muzik & video favourite — Min @ 12:17 am
Tags:

Akhirnya, Mama Rina keluar juga ! Yay ! (jangan marah peminat Mama). Kita tak minat sangat la kat dia, lagu Ular tu entah apa-apa. Tu la, seperti kata AC Mizal suka nyanyi lagu binatang je.

Siapa la yang berhak masuk final ? Yang boleh nyanyi cuma si Stacy ngan Nadia.. yang lain tu, hampeh. Tolong la minggu depan si Stanly pulak keluar.

Korang mengundi ke ? Kita tengok je, tak pernah mengundi sekali pun, tak kuasa akak..AF kali ni memang sungguh menghampakan la. Daripada beribu yang datang audition, takkan ni yang terbaik ? Banyak lagi talent yang lagi bagus kat luar sana.

Apa pun, kita dengar je la, ni lagu dari si Nubhan, akak rasa lagu ni la yg paling bagus dia bawa. Lepas lagu ni merudum-rudum performance dia. Chow !

 

Goodbye my lover… April 25, 2008

Difailkan di bawah: muzik & video favourite — Min @ 2:42 pm
Tags:

Takde buat apa sangat hari ni, dok melayan lagu-lagu yang saya minat. Salah satu nya is this song by James Blunt. Why bila I dengar lagu ni rasa sedih sangat ? Mengenangkan seseorang zaman-zaman muda dulu ? Not really.. just the sadness of this whole song.  Especially lirik dia yang “you have been the one for me” and “I’m so hollow..”. Sedihnya kan, cinta yang tak kesampaian. And the loneliness that this writer must have felt, until he can come out with this beautiful love song.

Best lyrics ever ! Jom dengar.

“Goodbye My Lover”

Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or let the judges frown?
‘Cause I saw the end before we’d begun,
Yes I saw you were blinded and I knew I had won.
So I took what’s mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won’t stop there,
I am here for you if you’d only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I’ve kissed your lips and held your hand.
Shared your dreams and shared your bed.
I know you well, I know your smell.
I’ve been addicted to you.

[x2]
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

I am a dreamer and when i wake,
You can’t break my spirit – it’s my dreams you take.
And as you move on, remember me,
Remember us and all we used to be
I’ve seen you cry, I’ve seen you smile.
I’ve watched you sleeping for a while.
I’d be the father of your child.
I’d spend a lifetime with you.
I know your fears and you know mine.
We’ve had our doubts but now we’re fine,
And I love you, I swear that’s true.
I cannot live without you.

[x2]
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

And I still hold your hand in mine.
In mine when I’m asleep.
And I will bare my soul in time,
When I’m kneeling at your feet.
Goodbye my lover.
Goodbye my friend.
You have been the one.
You have been the one for me.

I’m so hollow, baby, I’m so hollow.
I’m so, I’m so, I’m so hollow.
I’m so hollow, baby, I’m so hollow.
I’m so, I’m so, I’m so hollow.

 

Perempuan kencing berdiri, 18SX April 24, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 10:25 am
Tags: ,

Tau tak pasal satu produk kat US ni, yang di namakan SHENIS (klik kat situ).  Actually dah beberapa bulan dah dipromosikan , kita baru ter stumble hari ni. It’ s a penis yang boleh di pakai oleh perempuan untuk kencing berdiri macam lelaki ! (Shortform dari She-Penis la kut..). Mat Salleh ni semua gross la kan.. benda macam ni pun nak cipta. Shenis ni kononnya untuk menyenangkan perempuan yang nak kencing di tempat awam. Tapi geli untuk duduk di tandas awam yang selalunya kotor.

Boleh tak imagine orang perempuan kena bawa ke hulu ke hilir benda ni dalam handbag. Tak kecik tau, panjang dia 12 inci. Kalau orang nampak nanti, ingat apa pulak.. Shenis ni siap ada kaler lagi boleh pilih, gold atau hitam ke apa.. mengikut kata pengguna wanitanya, sebelum pakai ni nak kena practice dulu kat rumah. Ye la, perempuan mana biasa kencing diri, nanti kang tersalah target pulak.

Macam-macam.. so apa pendapat anda ?

 

Rahsia tulisan tangan – Part 2 April 23, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 8:09 am
Tags:

Salam semua, sori la beberapa hari tak update kat sini. Sibuk sikit. Pada sesiapa yang sudi datang melawat blog ni, subsribe RSS saya. Senang, tak payah nak datang check hari-hari. Cuba lihat caranya dalam post saya bertarikh 26hb Mac, 08. Caranya mudah dan menyenangkan hidup anda.

Ok, sambung topik rahsia tulisan tangan. Yang pertama is slant, kedua tengok pada baseline tulisan tersebut. Baseline ialah garisan yang kita imagine bila kita tulis di atas sekeping kertas putih kosong. Tengok gambar ni.

First, ’straight baseline’ atau lurus. Tulisan dia lurus je, takde merudum ke bawah or semakin naik ke atas. Maksudnya si penulis ni seorang yang mengawal tindakan luaran dia, ada sedikit control dalam tingkahlaku harian. ‘Overly straight baseline’ atau terlampau lurus. Yang ni kelihatan macam si penulis tulis tangan tapi pakai ruler supaya lurus je bawah dia. Yang ni ertinya dia over control, mungkin untuk menutupi ketakutan dalam diri dia yang dia akan hilang pengawalan diri. Orang macam ni kira bermasalah la..menakutkan sebab sebenarnya dia boleh hilang kawalan bila-bila masa saje. ‘Ascending baseline’ dari cara tulisan tu kita tengok semakin naik ke atas. Rasa-rasanya tulisan kita pun banyak macam ni. Mungkin tak naik banyak sangat la kut. Yang ini maksudnya positif. Orang yang berjaya 90% tulisannya termasuk dalam kategori ni. Kesihatan mental yang bagus, sentiasa maju ke hadapan.

Ada pulak tulisan orang yg mula-mula naik, kemudian turun mendatar. Itu namanya ‘false ascending baseline’. Kalau ditafsirkan, si penulis ni seorang yg cepat mengalah. Menyedihkan. Excited nak buat something, pas tu akhirnya tak habis projek. ‘Convex baseline’ ni jarang kita jumpa. Sama la jugak macam ‘false ascending’ . Kalau berhenti separuh jalan, tulisannya macam convex baseline, di tengah menurun. Kalau yg quit last, tulisannya akhir menurun, iaitu macam ‘false ascending’.

‘Partial ascension baseline’ – perasan tak tiba-tiba satu perkataan ternaik ? Maksudnya penulis excited atau teruja apabila memikirkan pasal perkataan tu. Dalam gambar atas tu, perkataan ‘blue’ naik sikit. Mungkin penulis suka warna tu atau terkenangkan memori yg ada kaitan dgn ‘blue’.

Ok, next one is ‘descending baseline’ yg bermakna tulisan tangan menurun. Kebanyakan yang tulis macam ni berfikiran negatif (kecuali kanak-kanak). Selalu fikir yang buruk, dan sebagainya. Last sekali tu lagi parah.. ’suicidal baseline’. Tulisan dia ok je, straight or going upwards, tapi tiba-tiba kat ujung sekali tu, satu atau dua perkataan tiba-tiba macam crash ke bawah. Yang bahayanya kalau tengok tulisan keseluruhan dia tak tunjuk tanda kemurungan, contohnya tulisan dia tak menurun. Orang macam ni boleh snap bila-bila la, tiba-tiba je nak bunuh diri. Atau ada terlintas nak mencederakan diri.. Tulisan kat atas tu is sample betul dari seorang yg dah bunuh diri. Perasan tak kalau nota org bunuh diri semuanya pendek. Cuma yg bercadang nak bunuh diri je yg tulis ayat jiwang-jiwang, pesan kat semua org macam-macam. Akhirnya tak jadi dan dapat diselamatkan..

Eh, panjangkan post ni.. penat akak tau :( . Bagi la komen sikit lepas baca tu, terhibur jugak akak..

Sambung lagi..

Yang kat atas tu pun sample tulisan ’suicidal baseline’. Barisan kedua ada ayat yg crash bila sampai ujung. Next is ‘partial descension’. Satu perkataan terkebawah. Mungkin si penulis tak suka dengan apa yg dia fikirkan berkaitan perkataan yang terkebawah tu.

‘Concave baseline’ – yg ni start projek dengan berkobar-kobar, tengah jalan rasa mcm nak give up, tapi akhirnya berjaya juga. Macam nak putus asa la, tapi akhirnya dia kuatkan azam dan naik semula.

‘Erratic baseline’ ertinya si penulis ni sekejap tulisan dia ke atas, sekejap ke bawah..moody. Berangin. Tak balance.

Tulisan yang akhir sekali is ‘incoherent baseline’. Tulisan dia mcm takde baseline, merata tempat. Ni salah satu trait sociopath. Dia tak boleh duduk dalam masyarakat, tak boleh hidup dalam satu peraturan..’someone who cannot keep his lines in a coherent spatial pattern is unable to stay within any kind of a line or pattern of society.’

Well, harap-harap korang semua faham la dan dapat sikit pengajaran. Jadi apa lagi, analyse tulisan sendiri la dulu..pas tengok tulisan orang lain pulak. Tapi jangan salah tafsir sudah. Especially yang ’suicidal note’ tu. Harus jugak diingat tulisan yang ditulis dalam keadaan nak cepat juga tak boleh di pakai.

Take care semua.

Sumber : ‘The hidden secrets of handwriting’ by Andrea McNichol.

 

Rahsia tulisan tangan – part 1 April 18, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 6:30 am
Tags:

Ni nak cerita satu kejadian masa saya duduk belajar kat UK dulu. Housemate saya, sorang Minah Salleh perempuan punya la bagak, dia ni captain rugby perempuan. Perangai dia macam tomboy sikit. Ada satu hari tu, dia buat confession kat saya. Rupa-rupanya dia ni lesbian.. suspen saya dengar, sebab selama hari ni dok berkemban depan dia. Ishh, bahaya bahaya. Baru la saya tau yang selama hari ni dia simpan rahsia tentang diri dia dari saya. Sebenarnya, masa tu saya dah analyse handwriting dia ( chewah ! ) Ye la, time tu saya tengah dok praktik kan apa yang saya baca. Saya tengok tulisan tangan dia kecik-kecik sangat, dan jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain agak jauh. Jadi saya buat conclusion yang dia ni orangnya perahsia, dan sukar nak rapat ngan orang, macam ada something to hide. Tapi memandangkan dia pandai berlakon depan saya, saya ingat tafsiran handwriting dia tu tak betul la. Rupa-rupanya betul. Itu la, handwriting kita ni sebenarnya banyak mendedah kan rahsia tentang diri kita. Susah nak tipu.. Nak belajar tak ?

Ok, saya bagi contoh sikit-sikit. Mulakan dengan tengok ’slant’ tulisan tu.

Yang atas tu, senget dia ke kanan, slanting to the right. Maksudnya pemilik tulisan tu ialah orang yang meluahkan perasaan dia dengan senang, memandang ke hadapan, affectionate dan passionate. Kalau tulisan yang tengah tu, vertical slant. Tulisan ni macam tak senget ke kanan atau ke kiri. Maksudnya orang ni berfikir dulu barulah bertindak. Otak menguasai perasaan. Kira diplomasi la. Dia mungkin tak meluahkan perasaan sebenar demi menjaga hati orang lain. Ok, yang last sekali is slanting to the left. Siapa yang ada tulisan macam ni, ada masalah sikit :) . Bukannya apa, suka memendam perasaan..mungkin dalam hati rasa lain, tapi mulut cakap lain. Mungkin ada sesuatu yang negatif dalam diri dia. Sukar untuk meluahkan perasaan sebenar, mungkin terlampau bimbang dengan apa pemikiran orang terhadap dirinya. Kira control la, control handsome.. atau control macho.

Ada banyak lagi dalam buku ni. Ni buku lama ni, tajuk dia ‘The hidden secrets of handwriting’ by Andrea McNichol. Nanti la ada masa saya sambung lagi ok. Lepas ni boleh belek tulisan kawan-kawan ke, tulisan boyfriend ke. Kalau terlalu ke kanan tu, selalunya Mat Jiwang..hahaha..:P

 

Uri babi untuk cantik ? April 17, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:40 am
Tags: ,

Rupa-rupanya makanan atau minuman kesihatan yang ada khasiat khas di panggil FOSHU (Food for a specific health use). Saya baru tau ada term FOSHU ni. Anyway, baru terbaca tadi di Jepun sekarang famous dengan minuman Placenta 10000 Jelly Drink. Harganya lebih kurang $8 sebotol dan di buat dari ..you guess it, uri ‘babe’ (uh…geli..). Klik sini untuk berita selanjutnya.

Kalau susah sangat dan kita selalu was-was, untuk kelihatan cantik apa kata guna bahan alam semulajadi je. Contohnya untuk mask muka, guna resepi ni .

1/2 bitter melon (gambar kat atas, lupa apa nama dlm BM) dan 1 sudu besar aloe vera. Cara – basuh semua. Potong kecik bittermelon. Blend. Last masuk aloe vera, blend lagi sampai hancur. Pakai mask selama 20 ke 30 minit. Bitter melon ni menyejuk dan detox untuk kulit.

Untuk scrub, saya guna kacang hijau yang dah diblend saja. Memang sentiasa ada spare dalam toilet. Cuma kacang hijau yg di kisar agak kasar, itu saja.

Ok, untuk rambut saya selalu pakai cara ni, memang berkesan untuk rambut yang sangat kering.

Bahannya : 1 avocado masak, 1 telur kuning, 1 sudubesar madu, 1 sudubesar minyak kelapa, 2 sudu besar yogurt plain. Blender je semua and tempek kat rambut dalam setengah jam. Memang kalau rajin guna rambut akan jadi lembut.

Nak cantik kena la rajin sikit kan :) .

 

Bayi dengan dua muka April 14, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 9:16 am
Tags: ,

Hari Isnin…semua orang start keje hari ni.  Monday blues ke ? Biasa la kan, hari pertama in the week.

Anyway, you all dah tengok ke gambar baby yang lahir dengan dua muka kat India.  Agak menakutkan la. Tapi ibubapa bayi tu tak nak mendapatkan rawatan kat Hospital, sebab katanya baby dia tu adalah jelmaan dari tuhan mereka.

Nak tau lebih lanjut, tengok slideshow sini.

Ibu-ibu yang tengah mengandung, mintak doa di jauhkan dari kejadian macam ni.

 

Bahaya makan daging proses April 13, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:18 am
Tags: ,

imej dari www.treklens.com

Kita selalu memberi anak-anak kita makan sosej, burger daging, pepperoni dan buat sphagetti dari daging kisar yang siap dijual di pasaraya.  Tahu tak, sebenarnya makan banyak daging proses ni tak elok.  Ia dikaitkan dengan kanser otak, kolon, prostate dan pankreas. Sebabnya satu, daging lembu yang kita makan tu biasanya tak organik, jadi memang dalam tisu lemak dia ada kesan-kesan dari racun serangga dari rumput yang dia makan.  Itu tak dapat nak elak la kan.  Sebab saya pun jarang jumpa lembu organik atau ‘lembu kampung’. (Ada ke ? Macam ‘ayam kampung’).

Satu bahan yang paling bahaya yang terdapat dalam daging proses ialah sodium nitrite.  Ni ialah satu toksik yang pengeluar daging gunakan .  Untuk apa ? Untuk memerahkan lagi warna daging.  Perasan tak, kalau kita tengok daging yang dah di potong-potong dalam plastic cover clear tu semua nampak fresh je.  Sebab ada kandungan bahan kimia merbahaya ni la.  Sodium nitrite ni di letak supaya daging yang dah tukar kaler sebab dah lama pun, akan jadi merah.

Sebenarnya saya sekarang dah tak beli dah hot dog semua untuk keluarga saya. Ikan sardin dalam tin pun dah tak sentuh (baca artikel dalam blog Laman Emjay di blogroll saya).  Bukannya apa, sejak ibu saya kena kanser payudara saya jadi terlalu takut dan berhati-hati.. dalam baking memang saya ada guna pewarna, tapi selalunya topping yang warna-warni tu semua saya tak makan.  Saje nak deko.  Kadang-kadang kita rasa macam the big C (cancer) ni cuma berita di majalah, suratkhabar, tapi bila terjadi dalam family kita baru kita sedar.  Jadi elok la kalau kita mengawal pemakanan family kita dari sekarang.

Di sini ada link ke NaturalNews, blog yang selalu saya baca.  Ada slide show gambar makro daging proses. Mungkin kita masih boleh makan daging proses, tapi berpada-pada, jangan selalu sangat.

Semoga hari Ahad anda ceria .. salam.