POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Rahsia Air April 7, 2008

Difailkan di bawah: keajaiban & penemuan — Min @ 9:06 am
Tags:

Saya ada satu buku tajuknya ‘The secret life of water’ oleh Masaru Emoto yang saya beli di Indonesia. Mr. Emoto ni bukan seorang saintis, asalnya cuma orang biasa yang mengkaji rahsia mengapa air dapat menyembuhkan. Mengikut kata Emoto ni, air sebenarnya ‘hidup’. Jika manusia menumpukan pemikiran atau konsentrasi terhadap air, kristal air akan terbentuk mengikut apa yang kita fikirkan. Selalunya melalui doa, muzik ataupun dengan menulis ayat-ayat di gelas tersebut. Emoto mengambil gambar-gambar kristal air yang beku mengikut prosedur sains yang diiktirafkan.

Di sini saya tunjukkan gambar-gambar yang ada di dalam buku saya tu.

Ini kristal yang terbentuk, di atas apabila dibacakan perkataan ’suka’ dan bawah – ‘benci’. Perkataan ‘benci’ menghasilkan kristal yang berlubang seperti tercekik.

Di bawah ni gambar kristal yang terbentuk dari perkataan ‘perang’, (kristal yang buruk di atas). Dan ‘damai’ menghasilkan kristal seakan bergabung.

Ini pula kristal yang terhasil dari ‘cinta suami isteri’. Seolah-olah yang besar mengiringi kristal yang kecil.

Yang ni gambar kristal air di danau Zurich, Switzerland. Gambar sebelum dan selepas doa dibacakan ke air.

Efek melodi terhadap kristal. Penyembuhan melalui muzik indah ?

Kristal air yang terbentuk dari perkataan ‘Islam’. Kristal dari perkataan agama lain juga cantik.

Ada banyak lagi gambar yang menarik yang menunjukkan efek doa dan pemikiran terhadap kristal air. Saya cukup teruja bila kali pertama baca buku ni. Memang ada di kalangan Barat yang banyak meragui samada betul ke tak teori Emoto ni. Tapi sebagai seorang Islam, saya percaya. Kita selalu di ajar bila sakit, supaya membaca surah-surah tertentu dan tiup ke dalam air, dan kemudian minum air tersebut. Rupa-rupanya ada kebenaran juga apabila air yang telah dibacakan doa, membentuk kristal yang sungguh sempurna. Memang la kita tak patut lupa yang menyembuhkan kita adalah datangnya dari Allah swt.

Terpulanglah kepada setiap individu untuk menilai kebenaran teori Emoto ini..moga artikel ini dapat membuka minda kita.