Salam kawan-kawan, kepada semua ulat buku, jangan lupa melapangkan masa utk pergi ke Bookfest. Dah start dah, last 2 Jun ni (hari Isnin depan). More details here. Tapi warning dulu, banyak buku Chinese. Ada la jugak English publishers and stall jual stationeries.
The 1st Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) Mei 2, 2008

Saya baru tahu pasal bookfest ni. Takut terlambat nak inform kat semua, sebab datenya ialah this weekend, Sabtu dan Ahad. Cuma dua hari je. Untuk info lebih lanjut sila klik Kakiseni dan The Star.
Sesiapa yang ulat buku dan inginkan kelainan sikit dari segi pilihan buku-buku , boleh la pegi kat Central Market, KL.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 April 4, 2008
Salam semua, pagi tadi saya berkesempatan pergi ke PWTC untuk melawat Pesta Buku..ingatkan hari pertama tak la ramai orang, tapi sama je. Cuma tak la terlampau sesak. Rupa-rupanya baru habis upacara perasmian, patut la ramai penari-penari make-up tebal semua. Sampai-sampai je tadi, ramai sungguh orang beratur kat gerai MPH kat ground floor. Ada angkasawan negara kita tengah dok sign autograf on buku terbaru dia.
Pada sesiapa yang duduk di KL dan kawasan yg berdekatan, ni dia info lebih lanjut pasal pesta buku ni :
Blog Bayan pun ada cerita mengenai pesta buku ni..
Di antara gerai-gerai yang saya singgah, ada satu ni dok jual buku Datuk A. Samad Said. Saya tengah membelek buku-buku sajak dia, tak sangka pulak A. Samad Said ada kat depan mata. Kesian saya tengok dia, kurus sangat dengan janggut panjang dia tu..Saya doakan semoga dipanjangkan umurnya. Yang ini link ke Utusan Malaysia online mengenai buku terbaru A. Samad Said, kepada sesiapa yang berminat.
Serius betul kan topik hari ni.. takpe la Jumaat, hari untuk menghabiskan kerja kat ofis tu semua, esok lusa bergembira ! Ta ta ti ti tu tu..:)

