POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Plan J Lo untuk kurus April 10, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:17 am
Tags: , , ,

Cute kan twins Jennifer Lopez ni, lahir dalam bulan Februari lepas. Mukanya sebijik macam Marc Anthony. Menurut kata majalah gossip, J Lo naik dalam 20 kg masa pregnantkan twins ni. So lepas bersalin terus diet untuk kuruskan badan balik. Antara plan kurus dia ialah :

  • Bangun pukul 4 pagi untuk exercise hari-hari, 7 hari seminggu
  • Setiap hari exercise 3 jam, buat Pilates, 1 jam cardio and 1 jam weight training.
  • Makan cuma setakat 1400 kalori sahaja sehari
  • No karbohidrat, cuma makan ikan and sayur kukus.
  • Juga tak boleh makan gula, kafein dan alkahol

Dan team yang di panggil ‘120 pound team’ (target kurus dia – dalam 54 kg) termasuk :

  • team ahli-ahli pakar pemakanan
  • beberapa orang personal trainer

Tak lupa juga beberapa orang personal assistant, 2 missy nak jaga baby dan butler.

Huh… patut la aku tak kurus-kurus, bangun subuh terus mentenet (bukan exercise). Senaman yang kalau boleh dikategorikan senaman – cuma siram bunga dan tonggang-tonggeng buka tutup pintu oven. Makan low carb tu hangat-hangat tahi ayam, pernah cuba tapi nak nasi juge !! On top of that, mana la kita ada personal trainer and butler..

Salah siapa ye ? Salah sendiri kut ( tau takpeee..). Ok, ok, I promise I will exercise ! Bye guys, nak pergi jogging sekarang juga nih ! (Nak bumper macam J Lo.. :P )