POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

90 hari untuk kurus Mei 7, 2008

Difailkan di bawah: buku, kesihatan — Min @ 6:18 am
Tags:

Dulu akak beli la buku ni, tajuknya “I can make you thin, 90 day success journal”. Tapi sudah tentunya dah lebih dari 90 hari dari tarikh akak beli buku ni, tapi semakin mengembang ada la..Mungkin tak di ikut pun sampai 90 hari, akak ni tak kuat semangat.

Sebenarnya, simple je kalau nak kurus. Buku ni bagi 8 point :

  1. Makan bila lapar
  2. Makan apa yang kita betul-betul nak
  3. Sedar apa yang kita makan
  4. Berhenti sebelum kenyang
  5. Minum air
  6. Gerakkan badan
  7. Buat exercise yang dicadangkan

So, hari-hari dalam jurnal ni kena tick la, kita ikut ke tak point ni. Mengimbas kembali jurnal ni, akak buat dari Day 1 (ceh, tengah semangat !) sampai Day 2 je. Ishh.. teruk betul kan, takde will power langsung. The rest tu, penuh dengan alasan tak boleh nak ikut point tu sebab cuti..

Apa pun, rasanya point yang di bagi tu memang bagus..ada jugak tips untuk 90 hari berikutnya.

hari pertama – bayangkan diri anda dah kurus (macam mana la rupa aku..)

hari kedua – simpan satu gambar yang bagi motivasi, kita nak jadi macam dia bila kurus.

hari ke-3 – buang makanan dan minuman yang tak berfaedah dalam fridge tu

hari ke-4 – terima keadaan diri anda pada masa ini dan berusaha untuk berubah

hari ke-5 – bayangkan tahun ni tahun paling best bila dah kurus

hari ke-6 – menyatakan terima kasih dan menghargai apa yang ada

hari ke -7 – review and renew.

Hari dah masuk seminggu ni best. Akak suka ayat dia :

“Hope is a renewable option: If you run out of it at the end of the day, you get to start over in the morning” Barbara Kingsolver.

Jadi maksudnya jangan putus asa untuk kurus, harapan boleh di perbaharui, macam azam baru every year la (ni sebenarnya reminder untuk diri sendiri !) Ok, take care you all.  Tata titi tutu…

 

Plan J Lo untuk kurus April 10, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:17 am
Tags: , , ,

Cute kan twins Jennifer Lopez ni, lahir dalam bulan Februari lepas. Mukanya sebijik macam Marc Anthony. Menurut kata majalah gossip, J Lo naik dalam 20 kg masa pregnantkan twins ni. So lepas bersalin terus diet untuk kuruskan badan balik. Antara plan kurus dia ialah :

  • Bangun pukul 4 pagi untuk exercise hari-hari, 7 hari seminggu
  • Setiap hari exercise 3 jam, buat Pilates, 1 jam cardio and 1 jam weight training.
  • Makan cuma setakat 1400 kalori sahaja sehari
  • No karbohidrat, cuma makan ikan and sayur kukus.
  • Juga tak boleh makan gula, kafein dan alkahol

Dan team yang di panggil ‘120 pound team’ (target kurus dia – dalam 54 kg) termasuk :

  • team ahli-ahli pakar pemakanan
  • beberapa orang personal trainer

Tak lupa juga beberapa orang personal assistant, 2 missy nak jaga baby dan butler.

Huh… patut la aku tak kurus-kurus, bangun subuh terus mentenet (bukan exercise). Senaman yang kalau boleh dikategorikan senaman – cuma siram bunga dan tonggang-tonggeng buka tutup pintu oven. Makan low carb tu hangat-hangat tahi ayam, pernah cuba tapi nak nasi juge !! On top of that, mana la kita ada personal trainer and butler..

Salah siapa ye ? Salah sendiri kut ( tau takpeee..). Ok, ok, I promise I will exercise ! Bye guys, nak pergi jogging sekarang juga nih ! (Nak bumper macam J Lo.. :P )