POT NONGKRONG

Pot untuk santai dan membuka minda. Juga ada sedikit iklan jual barang..jemput masuk semua !!

Plan J Lo untuk kurus April 10, 2008

Difailkan di bawah: kesihatan — Min @ 8:17 am
Tags: , , ,

Cute kan twins Jennifer Lopez ni, lahir dalam bulan Februari lepas. Mukanya sebijik macam Marc Anthony. Menurut kata majalah gossip, J Lo naik dalam 20 kg masa pregnantkan twins ni. So lepas bersalin terus diet untuk kuruskan badan balik. Antara plan kurus dia ialah :

  • Bangun pukul 4 pagi untuk exercise hari-hari, 7 hari seminggu
  • Setiap hari exercise 3 jam, buat Pilates, 1 jam cardio and 1 jam weight training.
  • Makan cuma setakat 1400 kalori sahaja sehari
  • No karbohidrat, cuma makan ikan and sayur kukus.
  • Juga tak boleh makan gula, kafein dan alkahol

Dan team yang di panggil ‘120 pound team’ (target kurus dia – dalam 54 kg) termasuk :

  • team ahli-ahli pakar pemakanan
  • beberapa orang personal trainer

Tak lupa juga beberapa orang personal assistant, 2 missy nak jaga baby dan butler.

Huh… patut la aku tak kurus-kurus, bangun subuh terus mentenet (bukan exercise). Senaman yang kalau boleh dikategorikan senaman – cuma siram bunga dan tonggang-tonggeng buka tutup pintu oven. Makan low carb tu hangat-hangat tahi ayam, pernah cuba tapi nak nasi juge !! On top of that, mana la kita ada personal trainer and butler..

Salah siapa ye ? Salah sendiri kut ( tau takpeee..). Ok, ok, I promise I will exercise ! Bye guys, nak pergi jogging sekarang juga nih ! (Nak bumper macam J Lo.. :P )

 

Model plus size April 6, 2008

Difailkan di bawah: DIARI KEHIDUPAN — Min @ 8:35 am
Tags:

Apa pendapat korang tentang Miss Chloe Marshall ni ? (Atas 38DD..pinggang, saya rasa dia dah tahan perut dah tu..size 16UK) Ni pemenang plus size model, Miss Surrey in UK. Finalis untuk Miss England. Umur dia baru 17 tahun. Saya rasa dia ni confidentkan, dengan body dia (yg lebih kurang mcm body kita..) dia boleh posing pakai bikini. Ni Miss England punya bikini, by the way. Jangan marah, ada bendera lagi.

Tapi saya respect la jugak. Sekarang kan model semua terlampau kurus, ramai teenagers yang start gagging themselves utk muntahkan balik apa yg diorang dah makan.. nak jadi kurus, macam Nicole Richie. Ni gambar lama Nicole, memang badan dia sekeping betul.

Harap-harap si model Chloe ni menang Miss England pagent pada Julai 2008 nanti..kan best, sesekali bagi la pulak orang tembam menang :) .